MENU

gotong royong mega 2018

28/7/2018,Setiu telah dijalankan aktiviti gotong-royong mega peringkat daerah setiu. Penganjuran program oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu dengan kerjasama Majlis Daerah Setiu, Pejabat Daerah Setiu, Jabatan Kerja Raya dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Bukit Kecil, setiu.

Dengan objektif program bagi membanteras dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes, Program ini telah dirasmikan sendiri oleh YB Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Ahli Parlimen Setiu dan melibatkan hampir 200 orang peserta.

Selain daripada aktiviti gotong-royong, antara aktiviti serta program yang turut diadakan sama ialah senamrobik, cabutan nombor bertuah, pertandingan Explorace, persembahan pentomen dan gimik pelancaran.