MENU

LANGKAH 1

  • Rujuk Pelan Panduan Guna Tanah Utama untuk keseluruhan kawasan kajian bagi mengetahui kedudukan tanah terbabit dalam konteks Blok Perancangan (BP)

LANGKAH 2

  • Rujuk Peta Cadangan Blok Perancangan berkenaan untuk mengetahui kedudukan dan status tanah terbabit di dalam konteks Blok Perancangan Kecil (BPK). Kenal pasti guna tanah yang dibenarkan bagi tanah berkenaan berdasarkan warna di dalam petunjuk Peta Cadangan.

LANGKAH 3

  • Rujuk Jadual Kelas Kegunaan Tanah bagi mengetahui jenis- jenis pembangunan yang dibenarkan sama ada tanpa atau dengan dengan syarat dan pembangunan yang tidak dibenarkan mengikut BPK. Jika semuanya bersesuaian, maka permohonan tersebut pada dasarnya boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.

LANGKAH 4

  • Setelah mengetahui bentuk pembangunan yang dibenarkan, rujuk Laporan Jilid 2 : Garis Panduan Pelaksanaan, jadual Garis Panduan Pembangunan yang menerangkan panduan terperinci mengenai pemajuan sesuatu pembangunan mengikut BPK dan penyeragaman rupa bentuk keseluruhan Kawasan Rancangan Tempatan (KRT).

Langkah- langkah keseluruhan pemakaian laporan ini ditunjukkan di dalam carta 1.1