MENU

1.4 Kawasan Rancangan Tempatan Daerah Setiu

Kawasan Rancangan Tempatan Daerah Setiu melibatkan keseluruhan kawasan Daerah Setiu yang meliputi kawasan seluas 130,436.3 hektar . Ianya merupakan 10.45% daripada keluasan keseluruhan Negeri Terengganu Darul Iman. Kedudukan Daerah Setiu adalah terletak di bahagian Utara Negeri Terengganu di mana ianya bersempadan dengan Daerah Besut di sebelah utara, Daerah Kuala Terengganu di sebelah selatan dan Daerah Hulu Terengganu di sempadan baratnya. Sementara itu, ia turut disempadani oleh Laut China Selatan di bahagian Timur.

Rajah 1.1 menunjukkan kedudukan Daerah Setiu di dalam konteks Negeri Terengganu dan Jadual

MUKIM
KELUASAN (HEKTAR)
PERATUS
Besut
Dungun
Hulu Terengganu
Kemaman
Kuala Terengganu
Merang
Setiu*
123,367.8
273,503.1
387,462.6
253,559.9
60,528.1
66,654.3
130.436.3
9.48
21.03
29.78
19.49
4.65
5.12
10.45
JUMLAH
1,300,981.6
100.00

Sumber : Data Asas UPEN Negeri Terengganu 2002
Nota * : Warta Kerajaan Negeri 18/ 7/ 1996

Daerah Setiu mempunyai tujuh (7) mukim yang terdiri daripada Mukim Hulu Nerus, Mukim Merang, Mukim Hulu Setiu, Mukim Caluk, Mukim Tasek, Mukim Guntung dan Mukim Pantai. Tiga daripada mukim tersebut bersempadan dengan Laut China Selatan di bahagian Timur iaitu Mukim Merang di bahagian selatan, Mukim Caluk di bahagian tengah dan Mukim Pantai di bahagian utara. Sementara itu sebahagian besar Mukim Hulu Setiu dan Hulu Nerus dilitupi oleh hutan simpan yang turut berperanan sebagai kawasan tadahan air dan merupakan kawasan yang mempunyai ciri- ciri sensitif alam sekitar. (Rujuk Rajah 1.2 dan Jadual 1.2).