09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

Peta Destinasi Menarik

Image
Maklumat sedang dikemaskini.

Lata Chakah

Image
Merupakan salah satu pusat peranginan bagi Daerah Setiu. Diselubungi dengan tumbuhan menghijau dan air terjun. Sesuai untuk aktiviti perkelahan bagi yang berkeluarga, lari dari kesibukan kota dan kerja.

Pulau Lang Tengah

Image
Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau di luar pantai Terengganu, Malaysia. Air lautnya jernih bak kristal, pantai putih dan bersih serta hutan tropika yang tidak diterokai. Ia terletak antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, dan dihubungkan ke daratan oleh feri ke Merang.

Pusat Rawatan Alternatif

Bagi pengunjung yang gemarkan rawatan tradisional, anda boleh berkunjung ke Pusat Rawatan Alternatif. Pusat rawatan ini yang diiktiraf dan mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Selain daripada perkhidmatan jenis urutan, turut disediakan mandian wap. Pusat ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Kadar bayaran untuk urutan satu badan adalah RM25 dan RM15 bagi mandian wap selama sejam. Kaum wanita juga boleh mendapatkan khidmat ini kerana tukang urut terdiri daripada 8 wanita dan 12 lelaki.

 

Terengganu International Endurance Park (TIEP)

Image

Salah satu tempat pertandingan 'Endurance Menunggang Kuda' yang diakui bertaraf dunia ialah Terengganu International Endurance Park.(TIEP). Terletak di Lembah Bidong, Setiu - sentiasa menjadi event pertandingan sukan kuda lasak di peringkat kebangsaan dan dunia. Jarak dari Kuala Terengganu ke TIEP ialah lebih kurang 40km.

Untuk makluman semua, TIEP adalah idea Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin. Baginda sangat meminati sukan berkuda ini. Salah satu kejohanan kuda lasak ialah Cabaran Kuda Lasak Terengganu - Piala Sultan yang telah bermula sejak tahun 2004. Pada tahun 2008 ianya telah menjadi tempat berlangsungnya Kejohananan Kuda Lasak Sedunia yang mana melibatkan 21 buah negara dan 15 orang penunggang tempatan. Baginda - Yang Dipertuan Agong turut menyertai pertandingan ini yang mana pertandingan ini telah diiktiraf bertaraf dunia.

TIEP merupakan satu pusat sukan berkuda yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan Klinik Kuda yang di anggap sebagai klinik kuda pertama di Pantai Timur yang lengkap dengan kemudahan ultra sound dan pengambilan darah kuda. Selain dari itu ianya juga dilengkapi dengan kemudahan chalet VIP.

Anda mungkin terpesona apabila melihat pokok berbentuk kuda di bahagian tepi pintu gerbang yang berbentuk ladam kuda. Jika anda dalam perjalanan ke Kelantan dan melalui jalan Lembah Bidong ini, cubalah berhenti dan melawat didalamnya.

Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu