09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

Rancangan Tempatan Daerah Setiu (RTDS)

Image
Rancangan Tempatan Daerah Setiu (RTDS)

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Draf Rancangan Tempatan (DRT) Daerah Setiu, Terengganu merupakan dokumen yang disediakan untuk Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) Daerah Setiu iaitu Majlis Daerah Setiu (MDS) dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Negeri Terengganu. Penyediaan DRT Daerah Setiu adalah berdasarkan peruntukan Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 2001, (Akta A 1129). Akta ini memperuntukkan bahawa semua PBPT perlu menyediakan Rancangan Pemajuan yang mana salah satu daripadanya adalah Rancangan Tempatan. DRT Daerah Setiu ini mengandungi dua laporan yang berasingan iaitu: -

i. Jilid I : LAPORAN RANCANGAN TEMPATAN
ii. Jilid II : LAPORAN PELAKSANAAN RANCANGAN TEMPATAN

Laporan Rancangan Tempatan ini disediakan bertujuan untuk:-

i. Menterjemahkan dasar- dasar dan cadangan Rancangan Struktur Negeri Terengganu dengan terperinci.

ii. Menterjemahkan Wawasan Negeri Terengganu dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RM9) ke dalam Rancangan Tempatan Daerah Setiu.

iii. Bertindak sebagai garis panduan kepada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) untuk memandu, merancang dan mengawal selia sebarang pembangunan di dalam Daerah Setiu.

1.2 Langkah-Langkah Pemakaian

Di dalam mengguna pakai laporan ini, ia perlu dirujuk bersama- sama dengan Laporan Jilid 2 (Garis Panduan Pelaksanaan) yang terdiri daripada pernyataan- pernyataan dan ilustrasi - ilustrasi yang berkaitan dengan garis panduan perancangan dan reka bentuk.

Langkah- langkah yang perlu diikuti dalam mengguna pakai laporan ini adalah;

Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu