09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

Cukai Taksiran

Image
Mengapa Cukai dikutip?
Cukai taksiran dikenakan bagi membiayai :
  • Keperluan pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur awam dan prasarana seperti penyediaan kemudahan lampu awam, pondok bas, perhentian stesen bas / teksi, tandas awam, padang, tempat rekreasi, pasar, jalan, parit dan sebagainya.
  • Perkhidmatan pembersihan perbandaran di kawasan perumahan / perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam melalui perkhidmatan pungut sampah, potong rumput, pengindahan bandar dan lain-lain.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan medan selera, lampu-lampu jalan dan longkang di kawasan tumpuan utama, kesemua ini adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam kawasan Hang Tuah Jaya.
Apa itu Cukai Taksiran Harta
  • Cukai taksiran harta ialah cukai yang dikenakan ke atas semua pegangan / harta didalam kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan sebagaimana diperuntukkan di Bahagian XV , Akta Kerajaan Tempatan 1976.






Bagaimana Cukai Taksiran dibuat?
  • Cukai Taksiran dikenakan berdasarkan kepada nilai tambah dan kadar tahunan
  • Nilai tahunan dikira berasaskan aras nilaian bagi tanah dan bangunan pada tarikh nilaian.
  • Kadar taksiran yang di wartakan adalah berasaskan kategori gunatanah & kegunaan bangunan.
Contoh Kiraan
  • Jika sesuatu pegangan mempunyai :
    Nilai Tambah : RM 600,000
    Kadar Tahunan : 0.4 %

    Maka, Cukai harta pegangan tersebut adalah seperti berikut :
    RM 600,000 x 0.4 % /100 = RM 2400.00 setahun




Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu