09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

GOTONG ROYONG SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2025

27 September 2025, Sabtu - Majlis Daerah Setiu (MDS) telah mengadakan program gotong-royong di Kg. Bukit Layat, Chalok, Setiu sempena Hari Cuci Malaysia Tahun 2025.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai kepentingan untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Program yang dijalankan secara serentak di seluruh negara pada hari Sabtu minggu terakhir bulan September setiap tahun telah dihadiri oleh YBrs. Encik Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS.
Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk kampung, sukarelawan, serta pihak yang terlibat yang turun padang bersama-sama membersihkan kawasan demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan harmoni. 
Sekalung penghargaan juga kepada YB Azmi Maarof, ADUN Langkap atas perasmian program ini. 
Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dan menjadi budaya dalam komuniti kita.
 
556038691_1238425534978985_3589409568038436307_n.jpg556879752_1238425231645682_2678510366486114943_n.jpg554837546_1238425584978980_8358826089785782963_n.jpg
Pin It

logoSETIU DISTRICT COUNCIL,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

GENERAL LINE : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MAIL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Disclaimer : Setiu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu