09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

KARNIVAL TERENGGANU INTERNATIONAL ENDURANCE PARK (TIEP)

18 Mei 2025, Ahad - Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu (MDS) , Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman telah menghadiri Karnival Terengganu International Endurance Park (TIEP) bertempat di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.
Karnival TIEP yang berlangsung bermula pada 16 -18 Mei 2025 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Terengganu. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik turut diadakan bagi memeriahkan lagi Karnival TIEP Tahun 2025.
Yang Dipertua MDS juga berkesempatan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Tarik Tali bersama-sama dengan YBrs. Tuan Haji Yusaini Amir bin Mohamad Nor, Pegawai Daerah Setiu.
Daerah Setiu telah memenangi Tempat Ketiga dan Anugerah Khas Pilihan Juri bagi Pertandingan Bidong Flora Fest. Sekalung Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah & Tanah Setiu, Majlis Daerah Setiu & Jabatan Kerja Raya Setiu atas usaha dan kerjasama yang diberikan.
 
 
499486942_1131460655675474_6537457866052001361_n.jpg499578680_1131461032342103_1256751795206147281_n.jpg499667132_1131442535677286_8866340977835507094_n.jpg499161860_1131442579010615_7136433133460746080_n.jpg500085117_1131442852343921_5947791238552882589_n.jpg499467281_1131461225675417_5820004522276746813_n.jpg497331089_1131461339008739_6368530077033832048_n.jpg498635863_1131460809008792_577162942547577480_n.jpg499164677_1131461082342098_2755394102647089056_n.jpg499042933_1131460892342117_9028849297213623466_n.jpg
Pin It

logoSETIU DISTRICT COUNCIL,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

GENERAL LINE : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MAIL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Disclaimer : Setiu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu