08 Mei 2025, Khamis - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat ke Majlis Jamuan Teh bersama rakyat di Kompleks Sukan, Sungai Tarom, Setiu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu berlangsung meriah apabila dibanjiri ribuan warga tempatan dari seluruh pelusuk Daerah Setiu.
Mengiringi baginda, KDYMM Sultanah Terengganu bersama anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Setia Mahkota Raja, YAM Tengku Puteri Utama Raja dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja. Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Nara Setia.
DAULAT TUANKU, DIRGAHAYU TUANKU.









SETIU DISTRICT COUNCIL, 







