22 Jun 2025, Ahad — Kelab Sukan dan Kebajikan MDS (KESUMA) telah menganjurkan Kejohanan Boling Piala YDP MDS Tahun 2025 bertempat di Coral Crown Bowl Paya Bunga Sentral.
Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Encik Ahmad Ridzwan Abd Rahman turut menyertai kejohanan ini dan telah memenangi Naib Johan. Turut hadir sama Setiausaha Majlis Daerah Setiu, Encik Mohd Rahimee Mohd Ramli memeriahkan acara pada hari ini. Tahniah KESUMA MDS atas penganjuran acara boling hari ini sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan MDS.







SETIU DISTRICT COUNCIL, 







