22 Mei 2025, Khamis - Majlis Daerah Setiu (MDS) telah mengadakan satu program penanaman pokok di bawah Program Local Agenda 21 (LA21) bagi menjamin kelestarian ekosistem di sekitar Sungai Setiu.
Program penanaman pokok ini yang dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli, Setiausaha MDS telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada agensi kerajaan dan juga penduduk setempat.
Turut hadir bersama pada hari ini Encik Mohd Zaidi bin Mokhtar, Jurutera Daerah Pejabat Pengairan dan Saliran Daerah Setiu dan juga Encik Mohd Nizu bin Husien, Pegawai APM Setiu.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga dengan langkah kecil ini dapat memberi manfaat kepada generasi yang akan datang.





SETIU DISTRICT COUNCIL, 







