15 Oktober 2025, Rabu - Majlis Daerah Setiu (MDS) telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2024 bertempat di Sutra Beach Resort. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan komitmen, dedikasi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ab Rasid bin Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Negeri Terengganu.
Turut hadir memeriahkan majlis YBrs. Tuan Haji Yusaini Amir bin Mohamad Nor, Pegawai Daerah Setiu, YBrs. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS, YBrs. Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli, Setiausaha MDS serta barisan Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MDS. Majlis penuh bermakna ini bukan sahaja meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tetapi juga menghargai jasa warga kerja yang telah menabur bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan warga MDS yang terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan berdedikasi!












SETIU DISTRICT COUNCIL, 







