09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

MAJLIS SETULUS BUDI, KENANGAN ABADI YDP MDS

29 April 2025, Rabu - Majlis Daerah Setiu telah mengadakan Majlis "Setulus Budi, Kenangan Abadi" buat Encik Mohd Zalizan bin Sulong, Yang Dipertua Majlis daerah Setiu yang akan bertukar dan bertugas di tempat baharu berkuatkuasa 04 mei 2025. Turut hadir memeriahkan majlis ialah dif yang diraikan, Encik Mohd Zalizan bin Sulong, Yang Dipertua MDS bersama isteri, Encik Mohd Rahimee bin Moh Ramli, Setiausaha MDS, barisan Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit serta seluruh warag kerja MDS.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan terima kasih kepada beliau di atas segala usaha, sumbangan dan segala pencapaian yang telah dicapai oleh MDS sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Bagi menyerikan lagi majlis, sesi tayangan montaj dan juga persembahan dikir barat daripada kumpulan Sri Perindu MDS turut diadakan. Suasana sebak turut dirasai semua hadirin ketika Yang Dipertua memberikan amanat terakhir beliau kepada semua warga kerja MDS. Sebagai tanda kenang-kenangan, Majlis Daerah Setiu bersama-sama barisan Ahli Majlis, Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit serta warga kerja MDS turut memberikan cenderamata kepada Yang Dipertua.Majlis bertukar menjadi sedih dan pilu apabila Yang Dipertua dan seluruh warga kerja MDS saling bersalaman dan bermaafan.

𝘏𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘮𝘶 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘵𝘪,

𝘏𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘣𝘢𝘥𝘪,

𝘛𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘫𝘢𝘴𝘢 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘳𝘪,

𝘈𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘪 𝘥𝘪 𝘩𝘢𝘵𝘪.

494642485_1116960787125461_728347206231413694_n.jpg494227865_1116943280460545_4613262393178389506_n.jpg494644217_1116960997125440_7961776019157628096_n.jpg494112444_1116960903792116_4401359864640275198_n.jpg494435873_1116960833792123_6818712617240281879_n.jpg

 

Pin It

logoSETIU DISTRICT COUNCIL,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

GENERAL LINE : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MAIL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Disclaimer : Setiu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu