12 Jun 2025, Khamis - Majlis Daerah Setiu (MDS) telah mengadakan Mesyuarat Penyelaras bagi menangani isu berkaitan haiwan berkeliaran di sekitar Daerah Setiu bertenpat di Bilik Mesyuarat Buluh Perindu, Wisma MDS. Mesyuarat penyelarasan yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS ini dihadiri oleh wakil daripada Ibupejabat Polis Daerah Setiu, wakil daripada Pejabat Daerah Setiu dan juga Pegawai Veterinar Daerah Setiu. Turut hadir sama tiga Ahli Majlis MDS, Ketua Bahagian Penguatkuasaan MDS dan juga beberapa anggota Penguatkuasa MDS. Semoga isu berkaitan dengan haiwan berkeliaran ini dapat diselesaikan dengan penuh berhemah.





SETIU DISTRICT COUNCIL, 







