09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

PROGRAM PENGHARGAAN KEPADA PENYEWA DI ATAS KECEMERLANGAN BAYARAN SEWA

30 April 2025, Rabu - Mesyuarat Majlis Daerah Setiu Kali 4/2025 telah bersetuju meluluskan perlaksanaan penghargaan kepada penyewa-penyewa yang memberikan komitmen yang cemerlang dalam menjelaskan bayaran sewa.

Sehubungan dengan itu, program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Ahli-Ahli Majlis dan Ketua Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Ketua Jabatan Perbendaharaan, wakil Ketua Bahagian Pelesenan serta wakil Ketua Unit Perhubungan Awam & Korporat dengan turun padang ke setiap premis yang terlibat. Program yang dilaksanakan buat kali pertama ini merupakan salah satu inisiatif kecaknaan dalam menghargai pelanggan Majlis Daerah Setiu (MDS) dengan mengambil kira penyewa yang telah menjelaskan bayaran sewa 8 bulan ke atas bagi tahun semasa. Diharap program ini dapat merangsang semua penyewa MDS agar dapat menjelaskan bayaran sewa mengikut tempoh sebagaimana yang tertakluk di dalam Perjanjian Sewa agar tiada bayaran sewa dan denda yang tertunggak. Untuk makluman semua, bayaran sewa boleh dijelaskan secara atas talian (bank, jompay) dan juga kaunter.

494538645_1116985753789631_6772470820528679164_n.jpg494111432_1116985783789628_7176708442644302619_n.jpg494452075_1116985793789627_5469844124574355579_n.jpg

Pin It

logoSETIU DISTRICT COUNCIL,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

GENERAL LINE : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MAIL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Disclaimer : Setiu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu