02 Julai 2025, Rabu - Bahagian Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Setiu (MDS) telah menganjurkan satu perjumpaan bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu bagi memperkukuh kerjasama dengan kontraktor perkhidmatan pembersihan awam dan kutipan sisa pepejal bertempat di Bilik Mesyuarat Buluh Perindu, Wisma MDS. Perjumpaan yang dihadiri oleh YBhg. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS bersama-sama YBrs. Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli, Setiausaha MDS bertujuan mempertingkat mutu perkhidmatan, memastikan kebersihan kawasan terpelihara, serta menyelaraskan keperluan operasi harian secara lebih berkesan. Terima kasih kepada semua pihak yang komited dalam menjayakan agenda kebersihan dan kesejahteraan Setiu.





SETIU DISTRICT COUNCIL, 







