11 Jun 2025, Rabu - Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap Majlis Daerah Setiu (JPPL MDS) telah mengadakan sesi libat urus dan perbincangan bersama komuniti bagi penyediaan Kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Setiu 2030. Sesi libat urus ini telah melibatkan Ahli Majlis MDS dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Setiu bertempat di Dewan Serbaguna Sungai Tarom.
YBrs. Puan Tuan Zuraihan binti Tuan Lah, Timbalan Pengarah (Pembangunan) PlanMalaysia Terengganu dan YBrs. Puan Norhasnita binti Abd Samad, Ketua Unit Satelit Smart City Wilayah Timur telah menyampaikan taklimat kepada peserta yang terlibat. Turut hadir bagi sesi libat urus ini YBhg. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS.








SETIU DISTRICT COUNCIL, 







