09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

Setiu Diisytihar Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu

Kerajaan negeri Terengganu mengisytiharkan daerah Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu sekali gus menjadi salah satu pemangkin kepada ekonomi negeri ini.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Jun lalu dan satu jawatankuasa khas turut dibentuk.

Menurutnya, Jawatankuasa Bertindak Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu yang dipengerusikan Pegawai Daerah Setiu dan dianggotai ketua jabatan berkaitan diwujudkan bagi menggerakkan Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu.

"Tugas jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan pelan tindakan, mengenal pasti tanah-tanah untuk dimasukkan dalam program ini dan memproses permohonan melibatkan program Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Penuaian Ubi Vitato di pusat tanaman ubi vitato secara berkelompok di tanah seluas 28 hektar di Kampung Banggol, Permaisuri, di sini pada Isnin.

Dr Azman berkata, pemilihan Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu dibuat atas beberapa faktor antaranya daerah ini mempunyai kira-kira 1,214 hektar tanah terbiar yang tidak diusahakan bagi menjana pendapatan rakyat.

Selain itu katanya, Setiu juga mempunyai tanah pertanian berskala komersial untuk diusahakan dalam sesuatu kawasan termasuk tanah kerajaan atau tanah yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara untuk kegunaan pertanian.

"Pada ketika ini terdapat 2,104 hektar tanah yang telah diwartakan di bawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara yang dikhususkan untuk aktiviti pertanian sama ada penternakan atau tanaman," katanya.


Sumber : Sinar Harian | https://www.sinarharian.com.my/article/149583/BERITA/Semasa/Setiu-diisytihar-Gedung-Pengeluaran-Makanan-Terengganu

Pin It

logoSETIU DISTRICT COUNCIL,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

GENERAL LINE : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MAIL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Disclaimer : Setiu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu