03 Jun 2025, Selasa - YBhg. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu (MDS) telah menerima jemputan bagi Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ke Community Based Tourism Daerah Setiu bertempat di Lata Ulu Kekabu, Setiu. Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah.





SETIU DISTRICT COUNCIL, 







