09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

CERAMAH MOTIVASI : "JALAN LURUS, LAPANG JIWA"

10 Julai 2025, Khamis – Majlis Daerah Setiu telah menganjurkan satu program ceramah motivasi bertajuk "Lurus Jalan, Lapang Jiwa" bertempat di Ruang Legar Aras 2, Wisma MDS, yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Yusnoruddin bin Mohd Yuznah, Pegawai Psikologi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK Terengganu).
Program dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah, diikuti ucapan alu-aluan oleh YBrs. Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli, Setiausaha Majlis Daerah Setiu yang turut merakamkan penghargaan atas kehadiran penceramah dan komitmen para peserta. Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Encik Ahmad Ridzwan Abd Rahman  turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Mohd Yusnoruddin sebagai tanda penghargaan atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan pengalaman. Program diakhiri dengan sesi bergambar dan majlis bersurai dalam suasana penuh positif. Majlis Daerah Setiu berharap agar program seperti ini dapat diteruskan secara berterusan bagi membina warga kerja yang lebih berdaya tahan, produktif dan bersemangat tinggi.
516779400_1172364608251745_2269767740269243548_n.jpg518332643_1172364748251731_4300849900262217687_n.jpg516189880_1172364724918400_6327948668696474840_n.jpg517647604_1172364681585071_6573146078326758120_n.jpg517122394_1172364674918405_2252122519146015323_n.jpg
 
Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu