17 Ogos 2025, Ahad - Semalam Kampung Baru Penarik telah menjadi tumpuan dengan penganjuran Karnival Komuniti Kampung Baru Penarik, satu inisiatif yang berjaya menyatukan komuniti tempatan, agensi kerajaan, NGO dan para pengunjung dalam suasana penuh ceria dan bermakna. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu (MDS), Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, dengan kehadiran istimewa YBrs. Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) Terengganu, Puan Mazshida binti Ruslal, dan YBrs. Setiausaha MDS, Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli serta barisan Ketua-ketua Jabatan MDS, Pengerusi JPKK dan komuniti Kampung Baru Penarik. Pelbagai aktiviti menarik telah memeriahkan karnival ini, antaranya pameran daripada agensi kerajaan & NGO, sukaneka pantai, sukan rakyat, sukaneka kanak-kanak dan gerai jualan daripada penduduk setempat. Karnival ini turut dimeriahkan lagi dengan acara demonstrasi menyelamat daripada APM Daerah Setiu, demonstrasi menebar jala dan persembahan dikir barat daripada Kelab Dikir Barat Sri Perindu MDS.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga semangat komuniti yang ditunjukkan terus subur demi masa depan yang lebih gemilang.










MAJLIS DAERAH SETIU, 







