17 Julai 2025, Khamis - Kelab Sukan dan Kebajikan MDS (KESUMA) telah mengadakan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura melibatkan penyertaan aktif seluruh warga kerja Majlis Daerah Setiu.
Turut bersama menyemarakkan semangat gotong-royong ini ialah YBrs Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS dan juga YBrs. Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli, Setiausaha MDS.
Bubur Asyura yang siap dimasak telah diagihkan kepada orang awam sekitar, dan disampaikan sendiri oleh YBrs. Yang Dipertua MDS sebagai simbol keprihatinan kepada komuniti setempat.
Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang bersama menjayakan program penuh makna ini. Semoga amalan tradisi ini terus menyatukan hati dan memperkukuh semangat kebersamaan antara warga kerja dan masyarakat.
Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.