24Julai 2025, Khamis - Delegasi Majlis Daerah Setiu (MDS) yang terdiri daripada YBrs. Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli, Setiausaha MDS, Ahli Majlis dan Ketua Jabatan telah mengadakan lawatan rasmi ke Parlimen Malaysia.
Delegasi telah disantuni dengan penuh mesra dan prihatin oleh YB Tuan Haji Shaharizukirnain bin Abdul Kadir, Ahli Parlimen Setiu. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Parlimen Setiu atas kesudian menyantuni delegasi MDS. Di samping itu, delegasi MDS juga turut disantuni oleh YB Tuan Rushdan bin Rusmi, Ahli Parlimen Padang Besar, Perlis dan juga YB Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Ahli Parlimen Merbok, Kedah.
Pihak MDS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ketiga-tiga YB atas kesudian menyantuni delegasi MDS.






MAJLIS DAERAH SETIU, 







