09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

LOCAL AGENDA 21 : PROGRAM PENANAMAN POKOK INISIATIF LOCAL AGENDA 21 DI PANTAI PENARIK, SETIU.

03 Julai 2025, Khamis – Majlis Daerah Setiu (MDS) dengan kerjasama komuniti setempat telah melaksanakan Program Penanaman Pokok di Pantai Penarik sebagai sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif Local Agenda 21, yang menekankan penglibatan aktif masyarakat dalam usaha pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman,Yang Dipertua MDS, dalam ucapannya menekankan kepentingan penjagaan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama dan peranan kerajaan tempatan dalam merangka program berimpak tinggi kepada komuniti.
Sebanyak 200 batang pokok telah ditanam sepanjang kawasan pesisir Pantai Penarik dalam usaha memperindah landskap, memulihara biodiversiti pantai serta mengurangkan kesan hakisan tanah akibat perubahan iklim. Program ini turut melibatkan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pelajar, penduduk setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar.
Turut hadir sama dalam program ini, YBrs. Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli, Setiausaha MDS serta barisan Ahli Majlis MDS.
Majlis Daerah Setiu komited untuk terus memperluaskan pelaksanaan inisiatif hijau seumpama ini sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan mampan daerah, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digariskan di peringkat global.
 
514948548_1166765398811666_1999709385303079236_n.jpg515098980_1166770955477777_3485004445909128939_n.jpg515301928_1166770905477782_390392102875188063_n.jpg514404214_1166765712144968_5609423756123049632_n.jpg514369151_1166765565478316_4700197569705932899_n.jpg514537445_1166765502144989_7906728644601464979_n.jpg515079520_1166765292145010_3841280082504224379_n.jpg515672475_1166765145478358_6510096168834311701_n.jpg
Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu