09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

LOCAL AGENDA 21 : PROGRAM PENGINDAHAN LANDSKAP DI TAMAN SRI INDAH

26 Julai 2025, Sabtu - Majlis Daerah Setiu (MDS) dengan kerjasama agensi kerajaan dan komuniti setempat telah menganjurkan Program Pengindahan Landskap , bertujuan memupuk nilai keindahan alam sekitar dan kesejahteraan komuniti melalui penanaman pokok hiasan dan buah-buahan di sekitar kawasan Taman Sri Indah.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS, sebagai simbolik komitmen pihak berkuasa tempatan dalam memperkasa penglibatan rakyat ke arah pembangunan mampan dan lestari.
Turut hadir:
🌱 Encik Husain bin Saamah, Pengerusi Taman Sri Indah
🌱 Wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan
🌱 Penduduk Taman Sri Indah yang turut serta menyumbang tenaga dan semangat gotong-royong
Semoga usaha seperti ini terus menyemarakkan semangat komuniti dalam menjaga kelestarian alam sekitar dan menjadikan taman perumahan lebih hijau, bersih dan harmoni.
 
524703365_1185828653572007_5373387688781025260_n.jpg523880536_1185828940238645_2131666022201270420_n.jpg524377265_1185828603572012_7365294711360401950_n.jpg
Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu