30 Oktober 2025, Khamis - Telah berlangsung Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1447H/2025H bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu (MDS) Sungai Tarom.
Majlis yang penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
YBrs. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS turut hadir bersama isteri bagi menyerikan lagi majlis pada malam ini.
Semoga penganjuran program seumpama ini terus memperkukuh syiar Islam dan menyemarakkan semangat cintakan Al-Quran di negeri Terengganu Darul Iman.











MAJLIS DAERAH SETIU, 







