09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

PROGRAM KIBARKAN JALUR GEMILANG PERINGKAT MAJLIS DAERAH SETIU 2025

03 Ogos 2025, Ahad - Majlis Daerah Setiu (MDS) telah melaksanakan Program Kibarkan Jalur Gemilang sebagai inisiatif tahunan dalam menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan warga MDS sempena sambutan Bulan Kebangsaan. Program dimulakan dengan ucapan YBrs. Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli, Setiausahah MDS dan disusuli dengan ucaptama dari YBrs. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS.
Simbolik pelancaran program disempurnakan dengan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi jabatan sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap perjuangan serta kemerdekaan negara.
Majlis ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan warga kerja MDS serta memperkukuh nilai perpaduan dan kebersamaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan yang ke-68.
𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐀𝐲𝐮𝐡! 𝐊𝐢𝐛𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐮𝐫 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚!
 
528048282_1191462523008620_4993690979359931780_n.jpg527056644_1191462463008626_7738386593754668507_n.jpg528320794_1191462276341978_5238548377430862977_n.jpg526502355_1191462169675322_2100512305764042477_n.jpg527212563_1191462259675313_902730455201864362_n.jpg
Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal rasmi Majlis Daerah Setiu

SJPAY SCANNER

privasi

Statistik Pegangan Cukai Taksiran Majlis Daerah Setiu