09-609 9377 / 9757 / 9434  09-609 0010

Pelesenan

Image

Kelulusan Lesen Serta Merta

  • Lesen Serta Merta (Tanpa Syarat Khusus)
  • Lesen Serta Merta (Dengan Syarat Khusus)
  • Lesen Kiosk (Dalam Kompleks Membeli Belah)
  • Permit Sementara Iklan (Kain Rentang)
  • Permit Sementara Jualan / Promosi (Khemah)
  • Permit Sementara Kerusi / Meja  (Kaki lima Restoran)

Borang Permohonan Lesen

Borang Permohonan

Boleh didapati di :

  • Kaunter Pelesenan, Wisma MDS
  • Laman Web MDS 
Lampiran Saiz
 Borang Permohonan Bagi Lesen Hiburan dan Tempat Hiburan 499.85 KB
 Borang Permohonan Bagi Lesen Perniagaan 85.04 KB
 Borang Permohonan Lesen Iklan dan Papantanda 73.12 KB
 Borang Permohonan Lesen Pasar Sehari Malam 69.46 KB
 Akuan Persetujuan Tuan Tanah dan Bangunan 48.96 KB

Permohonan Lesen Anjing

  • 2 keping gambar pemohon ukuran kad pengenalan.
  • 1 keping gambar penuh anjing yang hendak dilesenkan (ukuran poskad)
  • 1 salinan kad pengenalan pemohon (depan/belakang)
  • Surat pengesahan suntikan Penyakit Anjing Gila (Hydrophobia) samada oleh Pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor atau mana-mana doktor veterinar berdaftar .
  • Bayaran berikut : (yang berkaitan)
    • Lesen baru/ memperbaharui (1 Tahun sahaja) = RM 15.00 seekor
    • Lesen ganti (untuk tahun berkenaan sahaja) = RM 10.00 seekor
    • Tukar milik = RM 5.00 seekor
    • Kad tuan punya = RM 2.00 seekor
  • Bilangan anjing yang boleh dilesenkan bagi satu-satu premis
    • Kurang 1000 meter persegi = 1-2 ekor
    • Lebih 1000 meter persegi = 4 ekor
  • Tiada lesen dikeluarkan bagi anjing-anjing yang disimpan lebih tinggi daripada tingkat bawah mana-mana bangunan.
  • Pemohon perlu mengambil langkah-langkah kebersihan dan keselamatan pemeliharaan anjing agar tidak menimbulkan kacau ganggu.
  • Sekiranya pemilik kehilangan lencana dan / atau kad lesen , maka hendaklah mengisi semula borang permohonan baru dengan disertai bayaran lesen ganti.

 

Senarai Harga Lesen Perniagaan

UNDANG-UNDANG KECIL 1992/2007

Senarai Harga Lesen Perniagaan

Prosedur Permohonan Lesen Premis Perniagaan

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MEMPERBAHARUI LESEN

1.Satu keping gambar berwarna berukuran passport
2.Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
3.Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja )
4.Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan &minumam sahaja)
5.Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009.
6.Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010
7.Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)

Syarat-Syarat Permohonan

1. Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
2 . Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen

Pra-syarat seperti berikut:
1. Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)
1. Salinan kad pengenalan / pasport pemohon
1.Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)

Syarat-Syarat Kelulusan
1. Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan kawalan bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan(Development Order-DO)
2. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF)
3. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan
4. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan Jabatan Bomba Malaysia Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran Bangunan di tingkat satu ke atas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan premis untuk kegunaan bagi aktiviti-aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis

 

Syarat-Syarat Lesen
1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen
2. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat
3. Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.
4. Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut
5. Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan
6. Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
7. Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong
8. Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang

Pin It

Logo Majlis Daerah SetiuMAJLIS DAERAH SETIU,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

TALIAN AM : 09-609 9377 / 09-609 9434 / 09-609 9757
HOTLINE : 09-609 0010
FAX : 09-609 9367
e-MEL : mdsetiu(at)terengganu.gov.my / mdsetiu(at)mds.gov.my

Penafian : Majlis Daerah Setiu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.